kesian newbie baru nk bisnes , dah la takde modal , mula dengan dropship je , belajar lah sorang2 promot kt fb ni , tapi ada kawan cakap EEEEE MAHAL NYEEE
kawan2 bagi lah diskaun

krik krik krik ….

kawan dah la tak sapot untuk beli , mengutuk pula ,kalau kita down kat fasa1 ni ,
kita akan hancur , jangan down kat fasa 1 sebab fasa 1 ni paling kuat cabaran MULUT NYA
cabaran mulut ni bukan dari kawan je tapi ahli keluarga terdekat

fasa 1 Lebih kurang , 1-3 bulan pertama mmang kutukan , hinaan perlian
maksima 6bulan bergantung cara kita bertindak
ACTION KITA UNTUK MAJU kedepan

selepas 6bulan kita upgrade jadi stokis atau agent , dah pegang stok sendiri
kita pun upload ” ALHAMDULLILAH FIRST TIME AMBIL STOK
SEMOGA LAKU KERAS ”

kawan : BOLEH BERJAYA KEE,,
AKU NAK TGK BERAPA LAMA KAU LEH TAHAN..

fasa 2 ni selalu kita lebih matang dan tak peduli dah
sebab fasa 1 tadi kita dah kebal , kita pun dah syok sebab dapat upgrade
dari dropship seciput sekarang , kita pun terus maju kedepan,
akhir nya beli sebijik aset /kereta , barang emas ke apa2 lah yang menarik
kita pun upload

HASIL NIAGA ONLINE , ALHAMDULLILAH 🙂

kawan : BRU MAJU SIKIT DAH BELI KERETA,
TU LAH MELAYU , TAK LAMA LAGI KENA TARIK LAH TU ..

fasa 3
selalu kita dah sibukkkkkk , dia komen pun kita tak peduli dah , kadang mungkin kita lupa terus kat dia dah hehe .
yang kita tau nk repeat repeat repeat , hang nak kata aku pasal kat hang lah
sebab bisnes kita makin maju
kita pun upgrade ilmu , dah jadi stokis kan untung masyukkk kit
HQ bagi reward macam2 , pi kelass belajar marketing tok nenek bagai
dan kita memang terus kedepan , follower kita pun makin ramai

DIA ? semakin samar dalam ingatan kita

TAPI BERBEZA DENGAN FIKIRAN KAWAN KITA TU

MATA dia dah terbuka luas tapi bukan peluang bisnes
dia nampak kenikamatan dari segi yang lain !
tiba2 kita akan dapat 1 sms misteri

” WEI BOLEH TAK PINJAM DUIT ? kereta aku dah 3bulan tak bayar
bulan ni sesak sikit , tolong lah , tak kan taknak bantu kawan
KAU PUN DAH SENANG SEKARANG ”

tudiaaaaaaa AYAT KERAMAT keluar dah , kau pun dah senang sekarang !

kita pun berhati suci , niat masih nak bantu, kawan kan ?
” nak tak kau jadi dropship aku ? untuk kau aku bagi produk je , takpayah modal
nanti dapat untung kau bayar ”

ada dua balasan korang akan dapat

– kutukan
– seen

ni hakikat ..
aku pernah alami benda ni dan aku rasa 90% peniaga akan alami benda ni
kalau lah kita berhenti kat fasa 1 tadi ?

dan berapa ramai seller online yang dah pun berhenti di fasa 1 ?

thanks sudi baca 🙂

#founderdianz
blog : www.dianpixy.my
website : www.hisaphisapteruscantik.com